Selamat kepada semua penghuni di luar sana, waktu saya disini adalah waktu malam, jam 9.30 p.m. saya baru sahaja balik dari gereja selepas melihat sesi latihan kumpulan penari rebana, yes disini nanti bakal saya ceritakan tentang aktiviti yang bakal para Youth lakukan pada hujung minggu ini. Seperti yang anda sedia tahu (bagi yang Christian), sekarang ini adalah musim lent, so kepada yang berpuasa itu, tahniah dan syabas saya ucapkan, teruskan sehinggalah jumaat ini nanti. dimana pada masa itu barulah dapat anda 'berbuka'..
Ya seminggu lagi hari Easter bakal tiba, rasanya tidak sabar untuk menanti apakah event yang bakal dianjurkan pada waktu itu.. sebelum anda bertanya dan berasa terpinga-pinga, sebaiknya saya nasihatkan anda baca dulu header blog ini.. ya, event yang saya maksudkan bakal bertempat HANYA di Lambir sahaja. dan gereja lambir ada event nya tersendiri, terasing daripada event-event gereja lain yang bertempat di kawasan bandar.
disini saya ingin melaporkan perkembangan Persiapan yang telah anggota Youth lakukan sepanjang minggu lepas dan minggu ini. dan perkembangan ini bertambah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian program latihan.
Beberapa hari yang lalu, suatu mesyuarat besar telah diadakan di gereja Holy Trinity Church Lambir, dimana dalam mesyuarat tersebut, ianya melibatkan kesemua committee yang ada, berkumpul bersama dan membentang perkembangan aktiviti, laporan kewangan, dan hal lain lain yang berbangkit. So disini saya bersama dua orang lagi ahli Youth Leader (salah seorang adalah boss kami, Mr. Bajeng) hadir dalam mesyuarat tersebut. heheh meeting bersama para otai adalah berlainan dengan meeting lain yang pernah saya hadiri. perjalanan atucara mesyuarat adalah teratur dan agak memakan masa berikutan beberapa hal berbangkit.
Meeting AGM
baiklah, yang itu tadi adalah tentang mesyuarat, selepas sesi mesyuarat, kami Youth memutuskan untuk menjalankan latihan bagi menyambut hari Easter pada hujung minggu ini nanti, latihan tersebut setakat ini telah dijalankan selama 2 kali iaitu pada malam Ahad, dan malam Isnin. mereka yang hadir adalah seperti:
Kumpulan Penari Rebana:
- Sophia (Mengetuai)
- Rozgina
- Esther
- Damie
- Alethia
- Janika (Juru P.A?)
Berikut adalah foto gambar sesi latihan para penari
Ahli pemuzik dan nyanyian Puji dan Sembah
- Bajeng
- Noel
- Deideian
- Malcolm
- Arthur
- Dexter
- Matthew
Berikut adalah foto sesi latihan para Pemuzik dan Penyanyi Puji dan Sembah
Demikian sahajalah laporan saya mengenai perkembangan Youth setakat ini, dan maafkan saya jika kualiti gambar adalah tidak terang, laporan ini disediakan pada jam 10.01 p.m bertarikh 20 April 2011. teruskan mengikuti perkembangan kami di blog ini dan sekali lagi saya ucapkan. Shallom kepada semua.
Disediakan oleh:
Deideian